Mawi Kongsi Gambar Zaman Masa Mula Mula Dia Masuk Akademi Fantasia. Memang Sangat Lain

Penyanyi Mawi berkongsi sekeping gambar throwback yang diambil 14 tahun lalu ketika dia menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Cute kan? Kah kah!” tulisnya ringkas berseloroh.

Mawi juga meletakkan tanda pagar #14TahunLepas dan #AkademiFantasia3 di ruangan kapsyen berkenaan.

SUCI MUCI BETUL MUKA MAWI HAHA!

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Mawi meninggalkan respon berbentuk jenaka.

Tidak ketinggalan beberapa rakan artis yang turut meninggalkan komen.

“Muda remaja,” tulis Adam Shahz.

“Young & Dangerous,” tulis Awi Rafael.

“Suci,” tulis Fedtri Yahya.

Sedikit info mengenai Mawi, penyanyi kelahiran Johor ini mula mencipta nama pada tahun 2005 dan masih aktif bergiat dalam industri hiburan tempatan sehingga kini.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *