Maya Karin Hadapi Detik Cemas Ketika Di Set Pengambaran. Rupanya Dia Semua Bermula Ketika Babak Dalam Air

PELAKON Maya Karin berkongsi pengalaman diserang anxiety atau kebimbangan melampau di lokasi penggambaran filem Telaga Suriram pada pagi Selasa.

Menurut Maya, 42, dia sendiri pelik kerana kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang melakukan sebuah babak di dalam air.

“Anxiety menyerang saya lagi ketika penggambaran babak dalam air.

maya karin 2

Maya sudah berdepan dengan masalah anxiety sejak lapan tahun lalu.

“Saya terpaksa berehat seketika sekitar pukul 3 pagi dan mengambil oksigen. Nasib baik ada pasukan perubatan di set.

“Itu yang pelik, bukanya saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air,” katanya.

Maya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Tambah Maya lagi keadaan dirinya yang kurang rehat juga dipercayai menjadi punca diserang penyakit tersebut.

“Antara punca semalam adalah terlalu penat disebabkan jadual kerja yang pada di Singapura dan terus sahaja ke set penggambaran untuk melakukan babak dalam air.

“Badan dan otak saya penat. Otak saya macam ‘jem’ bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam,” ujarnya.

Maya sebelum ini pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *