Memalukan, Gambar Hari Raya Sambil Ramas Punggung Jadi Ikutan. Cikgu Ini Tampil Beri Komen

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai kemenangan umat islam melawan lapar dahaga ketika bulan ramadan. Bukan sahaja lapar dahaga tetapi hawa nafsu dan kelakuan juga.

Bila tiba hari raya terutama pada hari raya pertama, sudah pasti timeline media sosial anda samada di Facebook, Twitter atau Instagram akan penuh dengan gambar keluarga atau gambar kegembiraan.

Walaupun di musim PKPB ini, rakyat tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan rakan di media sosial tetapi ada segelintir yang terlalu seronok sehingga kongsikan gambar yang agak tidak senonoh.

Mohd Fadli Salleh bukan satu nama yang asing di dalam media sosial dan beliau adalah seorang cikgu. Di hari raya pertama ini beliau meluahkan rasa kecewa dengan gambar gambar bertularan di media sosial yang boleh dikatakan tidak sesuai untuk umum. Jom baca..

Gambar raya sambil ramas punggung isteri/gf

Trending terbaru di twitter katanya. Berlambak gambar begini orang share kat twitter hari ini.

Ia tak sweet okey! Ia memalukan. Ia melampaui batas. Sangat tidak patut kongsi gambar begini pada umum.

Nak sangat ambil gambar ramas bontot isteri ke, gf ke, tunang ke, tolong jangan post kat media sosial. Ia akan menjadi ikutan budak-budak dan remaja. Dan ia bukan budaya yang baik untuk diikuti.

Hari raya ini hari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Sebulan menahan nafsu. Sebulan kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebulan kita cuba istiqomah bersedekah solat tarawih, mengaji Quran, tahajud dan sebagainya.

Dan sebaik habis bulan paling mulia, takkan kita nak raikan kemenangan dengan paparkan pada dunia kita sedang meramas punggung isteri sendiri?

Serius ia tak okey!

Untuk simpanan peribadi, terpulang. Namun untuk berkongsi di media sosial, ia sangat tak patut dan memalukan.

Kita ada budaya ketimuran. Kita ada agama yakni Islam.

Dan trending baru ini langsung tidak mencerminkan budaya, apa lagi agama.

Please stop kongsi gambar begini. Jangan jadikan benda tak elok sebagai trending dan ikutan.

Jika pun tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malulah pada adik-adik dan remaja yang memerhati.

Ia tak okey. Langsung tidak!

Ini cukup memalukan, sebagai umat islam tidak sepatutnya mereka buat begini. Kalau ‘sangap’ sekali pun (untuk yang memang halal) tidak perlu paparkan di media sosial.

Belum kira gambar yang kehalalan tidak diketahui.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Artikel By : AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *