Memey Suhaiza Beritahu Ibunya Dalam Keadaan Sangat Lemah. Dia Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza berkongsi khabar duka apabila ibunya, Norlela Abdul Rahman kini sedang berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Perkara itu dikongsi Memey menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

“Di hari yang penuh keberkatan ini, Mummy nak minta tolong mohon doakan mak mummy Norlela Abdul Rahman diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Mak ditempatkan di zon merah sebab dalam keadaan yang lemah di HSI. Terima kasih banyak buat semua yang sudi doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu masih tidak mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya ibunya.

Namun, dalam masa yang sama Memey berharap agar semua peminat dan pengikut mendoakan kesihatan ibunya yang kini masih berada dalam keadaan lemah.

KOMEN NETIZEN:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan doa berharap agar kesembuhan segera diberikan buat ibu beliau.

“Semoga dipermudahkan urusan”

Sumber : XTRA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *