Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan, Ini Status Terakhir Arwahh 4 Jam Sebelum

Selepas memuat naik posting yang mengatakan dirinya bakal ditidurkan, Hanizam Azman atau lebih dikenali sebagai Angah Bibh disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Meninggal selepas empat jam

Lebih menyedihkan lagi apabila arwah telah meninggal dunia 4 jam kemudiannya dan rakan-rakannya masih meninggalkan komen di posting berkenaan tanpa mengetahui bahawa dia telah meninggal dunia.

Difahamkan arwah mengadu bahawa dia sukar untuk bernafas dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Menurut sepupu arwah, Khairul Hairuzi Osman, dia reda dengan pemergian arwah. Namun, terkesan buatnya kerana mereka memang rapat sejak dari kecil lagi.

Arwah seorang yang rajin bekerja, selain menerima undangan menyanyi, saya dan Angah turut menjalankan perniagaan kedai makan di kampung.

Arwah juga cukup mesra dengan semua orang dan tidak pernah berkira langsung untuk menghulurkan bantuan sekiranya saya atau rakan dalam kesusahan.

Tinggalkan anak angkat berusia dua tahun

Ujarnya lagi, dia dan arwah sebenarnya ada seorang anak angkat berusia dua tahun dan telah berpesan kepadanya agar menjaga dengan baik.

Kesemua ahli keluarga arwah dipercayai dijangkiti Covid-19 dan ada di antara mereka yang sedang menjalani kuarantin.

Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan pemergiannya kecuali ibu arwah kerana masih dirawat menggunakan bantuan oksigen.

Walau bagaimanapun, kali terakhir mereka berjumpa dengan arwah adalah tiga hari lepas semasa menghantar arwah ke hospital.

Angah merupakan pemenang tempat ketiga bagi pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009 dan pernah dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan yang sama pada 2014.

Sumber : Berita Harian via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *