Tumbukk Pintu Cermin Mesjid Sampai Pecah Dan Akhirnya Meninggl Di Rumah. Polis Keluar Kenyataan Apa Sebenar Punca Kem4tiann

Seorang lelaki ditemui mening.gal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapat maklum mengenai kejadian itu pada 7.35 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menga.muk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya, pada malam sebelumnya.

“Mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai bertindak demikian apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

“Mangsa telah bertindak menum.buk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran da.rah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan da.rah.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin tersebut sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, berdasarkan siasatan awal, kakak mangsa berkenaan memberitahu bahawa adiknya yang bekerja sebagai jurutera kimia sebuah syarikat, dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarganya.

Katanya, lelaki itu difahamkan sudah kira-kira enam bulan tidak bertemu dengan keluarganya di Kuala Berang, Terengganu.

Jelasnya, ma.yat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kema.tian adalah lu.ka pa.rah di pergelangan tangan kanan saluran darah al.teri dan urat ten.don terputus akibat tum.bukan pintu cermin kaca,” ujarnya.

Kes diklasifikasi sebagai kes ma.ti mengejut.

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *