Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti ‘jenazah’ kerana cuba mencuri tabung masjid.
Susulan daripada itu, Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur telah memerintah agar lelaki berkenaan menjalani hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000.
Individu bernama Mohd Syarizul Mat Sali merupakan salah seorang penduduk di tempat kejadian itu berlaku menceritakan apa sebenar terjadi.
Ada sebab kenapa remaja tersebut berada di bilik mandi jenazaah. Dia ceritakan apa yang berlaku sebelum video tersebut menjadi tular.
Betullah ada sedikit khilaf dari pihak masjid!
Tetapi ramai yang tidak tahu kisah sebenar dari kedua² belah pihak berkenaan video tular ‘mandi jenazah pencuri’ tersebut.
Oleh kerana perkara ini berlaku dalam kawasan Kuang dan saya sendiri tahu cerita sebenar, jadi adalah layak untuk saya memberikan sedikit penjelasan.
Alkisahnya, sebenarnya pihak masjid telah lama memantau akan kes² curi dan cubaan curi tabung masjid sebelum ini. Cuma ditakdirkan pada hari kejadian dalam jam 5 pagi, telah dirakam CCTV kelibat pesalah ini dengan jelas mengheret tabung masjid yang besar dan berat untuk dipecahkan.
Oleh kerana difikir tabung ini terlalu besar dan berat dibawa lari, tidak sempat dipecahkan kerana hampir dengan waktu subuh, pesalah telah menyorokkan sementara tabung tersebut di dalam bilik jenazah untuk datang kembali.
Atas sebab bukti rakaman CCTV itu, pihak masjid dan ramai orang kampung telah bersedia pada hari tersebut untuk membuat risikan dan tangkapan pesalah tersebut.
Hasil kerjasama semua, akhirnya pada waktu petang pesalah telah datang kembali ke masjid dan berjaya ditangkap pada kawasan berhampiran oleh ramai orang kampung.
Melihatkan terlalu ramai org kampung termasuk jemaah yang baru selesai solat asar yang berkumpul untuk melihat pesalah tersebut, risau akan keselamatan pesalah tersebut, pihak masjid telah mengasingkannya pada bilik jenazah sambil mahu ditunjukkan tempat disorokkan tabung besar masjid tersebut.
Jadi, mungkin di sini ada sedikit khilaf dari pihak masjid dengan memberikan pengajaran ringan pada pesalah dengan mandi jenazah olok² tanpa dikeroyok oleh orang² ramai yang berkumpul diluar bilik.
Sebenarnya pihak masjid juga telah rujuk pihak warisnya sebelum diserah ke pihak PDRM. Tetapi memang warisnya (atuknya) sendiri sudah tidak mahu tanggung pesalah ini sebab terlalu banyak masalah berkaitan dadah dan curi.
Dan Balai Polis Kuang dan IPD Sg Buloh juga telah mengesahkan tentang pesalah yang mempunyai rekod lampau dadah dan curi.
Dalam masa yang sama, sebenarnya video yang dibuat juga bukan berniat untuk diviralkan, membuli atau memalukan, tetapi niatnya lebih kepada rekod bukti dalaman pihak masjid sahaja. Tetapi tidak pasti bagaimana boleh bocor keluar dan menjadi kesalan terbesar pihak masjid.
Dan untuk makluman, sebenarnya masjid ini juga sangat aktif di dalam aktiviti kebajikan setempat dalam bentuk wang, makanan dan tenaga contohnya ada food bank, bantuan banjir, gotong royong dan bantuan pada orang kampung yang berada dalam kesusahan.
.
Jika benar pesalah ada masalah kewangan untuk beli ubat atuknya, jika dimaklum pada pihak masjid, pastinya akan dibantu. Cuma masalahnya pesalah mencuri kerana terlibat dengan masalah dadah!
Jdi, mungkin betul ada sedikit khilaf dari pihak masjid tetapi agak tidak adil jika mengecam seteruk-teruknya pihak masjid tanpa kita tahu kisah sebenar sehingga imam yang telah bertugas sejak tahun 1982 tersebut meletakkan jawatan.
Maaf, mungkin pendapat kita berbeza², tetapi saya sekadar menjelaskan situasi sebenar!
Sumber: Mohd. Syarizul bin Mat Sali. Penduduk Asal Kuang.
Artikel: AwatttSyeikhh Network