Lepas MAKl dan HlNA Dia Tampil Mohon Maaf, Adakah Boleh Selesai. Peguam Nor Zabetha Jelaskan Bagaimana Proses Dalam Mahkamah

Belum reda lagi isu seorang influencer bernama Eira Aziera dengan Puan Suharnizan Md Sidek. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah pun dibuat oleh Eira Aziera, surat tuntutan telah pun dihantar kepada Eira.

Adakah dengan permohonan maaf secara terbuka boleh menutup semua kesalahan? Seorang peguam bernama Nor Zabetha telah memuat naik satu status berkenaan isu tersebut.

ADAKAH CUKUP DENGAN MINTA MAAF?

Kalau mengikut undang-undang, perbuatan minta maaf selepas fitnah atau menjatuhkan reputasi seseorang, boleh kira selesai ke?

Tutup gitu je kes kerana permohonan maaf? Betul ke begini?

Banyak kita baca komen-komen berkenaan, buat silap kemudian minta maaf dan kemudian buat lagi. Kalau begitu perkataan ‘sorry’ ini boleh dijadikan mekanism mengenakan orang.

Maki-maki, cerca-cerca dan kemudian minta maaf. Settle! Padahal reputasi yang diburukkan itu sudah hancur dan remuk. Bagaimana pula reputasinya? Bagaimana stress yang dialami? Bagaimana hendak berhadapan dengan masyarakat?

‘SORRY NO CURE’

Adakah ‘sorry’ itu cara untuk membela diri. Katakan sorry dan semua selesai? Nasib baik undang-undang di Malaysia tidak semudah itu! Pernah dengar ayat ni “Sorry no cure”. Begitulah.

Bawah Seksyen 10 Akta Fitnah 1957 membenarkan pengurangan ganti rugi dan bukannya penghapusan ganti rugi.

Maksudnya kalau disaman oleh Plaintif (Penuntut) dan Defendan (yang dituntut) telah meminta maaf, tuntutan Plaintif masih dibenarkan tetapi permohonan maaf ini hanya memberikan diskaun kepada ganti rugi sahaja.

CONTOH KES DI MAHKAMAH

Isu berkenaan permohonan maaf, boleh menyebabkan Defendan menang kes atau tidak ini telah pun dibincangkan di mahkamah dalam kes DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN lwn. THE EDGE COMMUNICATIONS SDN BHD & YANG LAIN [2012] 10 CLJ 340.

Dalam kes ini, peguam bagi kedua-dua pihak berdebat tentang isu:

Sama ada defendan boleh memohon penghapusan ganti rugi di bawah s.10?
Sama ada s.10 hanya membenarkan pengurangan ganti rugi?

Keputusannya, mahkamah dalam kes ini pun menegaskan bahawa bawah Seksyen 10 bagi permohonan maaf takkan menyebabkan kes ditolak. Kalau mahkamah hendak mempertimbangkan pun dengan memberi diskaun ke atas jumlah ganti rugi. Itu sahaja.

Soalan seterusnya, adakah wajib mahkamah bagi diskaun bawah Seskyen ini? Macam mana kalau tak ikhlas? Macam mana sebab, si pemangsa itu hanya mohon maaf selepas dikecam hebat? Mahkamah ambil kira atau tidak jenis permohonan maaf begini?

CONTOH KEDUA KES

Dalam kes PUA KIAM WEE v. UTUSAN MELAYU 2016] 3 CLJ 498 pula, Defendan meminta pengurangan bagi ganti rugi yang dibenarkan oleh mahkamah atas alasan sudah meminta maaf.

Mahkamah membenarkan tuntutan RM200,000 dibayar kepada Plaintif kerana tulisan yang diputuskan oleh mahkamah sebagai fitnah yang dibuat oleh Utusan.

Namun demikian, mahkamah putuskan mengikut fakta kes dan perbuatan utusan yang sengaja melambat permohonan maaf, jadi dianggap permohonan maaf tidak telus atau dalam bahasa lain, seolah-olah tak ikhlas. No discount!

MAHKAMAH AKAN MENILAI IKHLAS ATAU TIDAK PERMOHONAN MAAF

Nampak, mahkamah pun menilai ikhlas atau tidak ikhlas permohonan maaf. Pergi mahkamah bukan kita kefahaman kita. Ada beranggapan yang popular sahaja yang boleh ambil tindakan. Fahaman itu salah.

Semua pun ada hak, sesiapa yang dimangsakan ada hak. Kenapa kalau orang tidak popular atau tidak dikenali tidak ada hak? Fahaman salah.

MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP

Kalau tidak ada undang-undang membela mangsa dari permohonan maaf. Bestlah bagi sesetengah orang, kutuk, cerca, maki, hina dan kemudian sorry. Tutup kes. Kemudian buat lagi. Tutup lagi dan buat lagi.

Sebab itu ada dalam Akta Fitnah siap-siap berkenaan permohonan maaf ini tidak akan membatalkan kes. Akal orang begini sudah boleh dibaca. Buat silap dan sorry, dengan harapan terlepas. Tak juga dik.

Hati-hati. Undang-undang bukan ikut kehendak kita. Kita yang kena ikut undang-undang dik.

Sumber : Nor Zabetha

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *