Mula-mula Berani Sangat Cari Hantu, Sekali ‘Pocong’ Tunjuk Muka Sampai Terus Lari Lintang-Pukang

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu mendakwa terakam kelibat makhluk halus yang dipercayai seperti pocong di sebuah rumah usang. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka turut merasai ‘keseraman’ situasi itu.

Pocong ‘main’ intai-intai

Berdasarkan video pendek berudari 0:16 saat yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter, memperdengarkan suara seorang lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti paranormal di sebuah kawasan yang sudah lama ditinggalkan dan terbiar tanpa penghuni. Pada ketika itu, individu tersebut ada mengeluh bahawa dia berasa tidak sedap badan selepas berada di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Ketika dia mahu beredar keluar dari bilik itu, tanpa disangka-sangka dia terakam satu sosok berwarna putih sedang ‘mengintai’ di sebalik pintu di sebuah rumah usang berhampiran. Dia kemudian cuba menfokuskan kameranya ke arah sosok misteri itu dan hasil rakaman menunjukkan satu lembaga berbungkus putih dipercayai seperti pocong sedang memerhatinya. Lelaki itu terus menjerit ‘subhanallah’ dan berdasarkan rakaman, sosok dipercayai makhluk halus itu telah menyorok sebelum menghilangkan diri. Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut.

Video seram

 Sumber: OhBulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *