Nabil Ahmad Kehilangan Orang Yang Tercinta Pada Hari Jumaat. Salam Takziah Untuk Nabil Dan Keluarga

BAPA kepada penagcara dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang sekitar pukul 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung.

Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

Bapa Nabil meninggal dunia akibat komplikasi jantung. (Foto kanan)

“Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.

“Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah,” katanya kepada mStar.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

KOMEN NETIZEN:

“Innalillahiwainnailaihirojiun Salam Takziah buat keluarga semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman Al-Fatihah dibaca Aamiin YRA”

“Innalillahiwainnailaihirojiun Salam takziah buat keluarga arwah . Semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang 2 yg beriman dan beramal soleh .Aamiin”

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *