Nama penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi sebutan disebabkan isu ‘gimik’ dan suaranya ketika menyanyikan lagu secara ‘live’.
Penyanyi berusia 30 tahun itu baru sahaja dikritik kerana gimik yang dibuat sempena pelancaran single terbarunya sehingga membuatkan peminat menyangka Nabila sudah berkahwin.
Terdahulu, Nabila disangka sudah berkahwin gara-gara memuat naik foto menunjukkan dia memakai gaun putih bersama seorang lelaki iaitu MK K-Clique.
Macam terseksa nak nyanyi
Belum habis isu ‘gimik’ itu, kali ini pelantun lagu Pematah Hati berkenaan disindir ramai netizen selepas tular satu video menunjukkan dia seperti ‘terseksa’ mahu menyanyikan single terbarunya, Aku Terluka.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh @Xtra di laman TikToknya, kelihatan Nabila mempersembahkan lagu baharunya itu secara siaran langsung telah mencetuskan kritikan dan reaksi ramai.
Mana tidaknya, netizen berpendapat nyanyiannya agak ‘terkucil’ dan secara tidak langsung telah memalukan dirinya sendiri di khalayak umum yang menontonnya pada ketika itu.
Menerusi video yang dimuat naik XTRA itu, Nabila dilihat seperti susah mahu menyanyikan bahagian high note lagu tersebut ketika majlis pelancaran semalam.
Teruskan mencuba Nab oiii 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/2VHW2qUilS
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) November 30, 2022
Bukan itu sahaja, mereka turut memaklumkan penyanyi yang berusia 30 tahun itu lebih wajar untuk memberi fokus kepada bidan lakonan memandangkan ia lebih sesuai untuk dirinya sendiri.
Malah, ada segelintir netizen yang sempat berseloroh Nabila adalah punca berlakunya hujan lebat semalam.
Sumber : BeautifulNara/OMM