Naik Bendera Malaysia Hingga Sebelah BenderaIsraeI Sambil Nyanyi Negaraku. Pihak Polis Buat Siasatan Dan Akhirnya Pemilik Video Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Tular satu klip video sekumpulan penumpang bot besar menyanyi lagu Negaraku sambil menaikkan bendera Israel dan Malaysia di kawasan perairan yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.

Dalam klip video berdurasi 47 saat tersebut, kumpulan lelaki dan wanita menyanyikan lagu kebangsaan tersebar di media sosial sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkenaan video tular tersebut.

Katanya, laporan tersebut dibuat oleh seorang lelaki tempatan sekitar pukul 11.20 malam, kelmarin.

Tangkap layar klip video sekumpulan penumpang bot besar menyanyi lagu Negaraku sambil menaikkan bendera Israel dan Malaysia.

“Lelaki itu menyatakan telah melihat rakaman video berdurasi 47 saat di dalam WhatsApp Group, di mana lagu Negaraku telah dinyanyikan oleh beberapa individu.

“Pengadu turut melihat bendera negara Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan bendera Israel di dalam video itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ku Mashariman, hasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada bulan September 2022.

Jelasnya, perkara itu berlaku ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama agensi pelancongan.

VIDEO:

“Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988,” katanya.

PENJELASAN PENUH TENTANG APA BERLAKU

Sejak semalam tular di media sosial berkenaan posting kami di Facebook yang memaparkan video bendera Israel dan Malaysia ketika pelayaran kami mengelilingi Tasik Galilee atau Tiberias, Palestine sewaktu Trip Mega 1.0 (Umrah DIY Jordan Palestine) yang lalu.

Kami merasa kesal dan terkilan kerana klip video berkenaan dimanipulasi oleh individu atau pihak tertentu untuk kepentingan masing-masing

Kami ingin menafikan video tersebut bukan diambil selepas PRU 15 yang lalu dan menegaskan video tersebut ialah video lama, diambil pada bulan Disember 2019 yang lepas dan tiada sebarang kaitan dengan Kerajaan Malaysia mahupun Israel samada kerajaan dahulu atau yang sekarang.

Bagi mereka yang pernah mengikuti lawatan ke Palestine dan menaiki boat mengelilingi Tasik Galilee kebiasaannya akan melalui detik pengalaman yang serupa seperti mana yang telah kami lalui ketika itu
Ia berlaku secara spontan tanpa kami ketahui dari awal.

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik kami lantas bangun berdiri apabila lagu Negaraku dikumandangkan walau dimana jua kami berada.

Terima Kasih. Admin Nota Umrah DIY

Sumber – KOSMO! ONLINE / Nota Umrah DIY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *