Terkejut Netizen Bila Najib Razak Tinggalkan 1 Komen Yang Bunyi Macam Tak Puas Hati

Perhimpunan menyokong Najib semalam mengejutkan rakyat Malaysia yang bimbang penularan COV19 akan berlaku dalam kalangan mereka yang hadir berikutan tiada penjarakan sosial, selain ribuan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur itu dilihat tidak mengendahkan arahan yang ditetapkan.

Ditanya mengapa tindakan tidak dilakukan segera oleh polis ketika penyokong berada di Kompleks Mahkamah semalam, Mazlan menjelaskan, polis tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana nasihat serta amaran sudah diberikan.

“Nasihat sudah dilakukan dan amaran juga sudah diberikan…pun begitu mungkin kerana keghairahan mereka yang hadir ia (arahan) tidak diendahkan.

“Kenapa mahu undang masalah, kerajaan juga sudah berkali-kali memberi amaran dan nasihat. Ini (situasi perhimpunan) bukan kita jaga kita lagi… akhirnya pihak polis yang dipersalahkan,” katanya.

Tambah Mazlan, laporan polis sudah dibuat oleh orang awam dan siasatan berhubung perkara berkenaan sudah dijalankan.

Polis guna CCTV kesan peserta perhimpunan kes Najib

Polis akan mengesan mereka yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semasa keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

INI KOMEN NAJIB RAZAK YANG ‘LAIN MACAM’

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak tidak berdiam diri apabila ada pihak tertentu menggesa pihak polis untuk ambil tindakan.

Menerusi posting beliau di akaun Facebook Najib Razak, beliau menyatakan kenapa tidak siasat perhimpunan yang lain sebelum ini?

“Jika nak siasat, perlu siasat semua. Barulah adil. Semua pihak termasuk kita perlu ambil ini sebagai satu pengajaran bahawa penjarakan sosial dalam zaman Covid-19 adalah amat penting dan perlu diamalkan pada bila-bila masa.” – Najib Razak

KOMEN NAJIB RAZAK MACAM BUNYI MARAH SANGAT

Di dalam posting yang sama, Najib Razak telah meninggalkan satu komen yang menarik perhatian netizen. Sebelum ini semua komen Dato Seri Najib Razak seperti dalam keadaan tenang walau apa pun jua keadaan.

Tetapi kali ini beliau meninggalkan komen seperti sedang sangat marah.

“Tak kira lah kluster bossku, kluster atok giler kuasa ataupun kluster kencing memanjang, semua perlu siasat. Baru adil” – Najib Razak

Najib yang menjadi perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Artikel By: The Tular

Rujukan : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *