Peningkatan kes di Selangor menyebabkan Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati terus dikunjungi orang ramai dalam mendapatkan penilaian kesihatan.
CAC Stadium Malawati tersebut mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dengan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai didapati telah menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 6 pagi walaupun CAC itu dibuka pukul 9 pagi.
Hasil tinjauan juga mendapati pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, pekerja kilang malah ada yang kelihatan uzur ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.
Seorang ‘pengunjung’ CAC mahu dikenali Azman memberitahu, dia hadir ke CAC itu pukul 12.30 tengah hari tadi dalam mengetahui status kesihatannya.
“Ramai suka datang sini sebab CAC besar walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam menambah baik kemudahan CAC tersebut.
VIDEO:
“Kalau CAC, ramai hanya ingat Stadium Malawati walaupun di setiap daerah ada CAC sendiri.
“Prosesnya sama itu memberikan dan memotong gelang (pink) dan penilaian lain termasuk keperluan butiran. Kalau pergi CAC lain silap-silap jangka masanya lebih pendek,” jelasnya.
NAJIB RAZAK KECEWA DENGAN APA TERJADI DI CAC STADIUM MELAWATI
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor menguruskan CAC untuk pendaftaran pesakit Covid.
Sebelum ini juga beliau ada menegur supaya kerajaan menambah lagi tempat CAC.
Ini kerana beliau memberitahu adalah tidak adil bagi pesakit Covid perlu beratur hampir 10 jam di luar dalam keadaan cuaca panas dan tiada tempat duduk.
Ini kenyataan penuh Najib Razak.
Ya ALLAH. Masih berlaku.
Perkara ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu pada 16 Mei:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157892691105952
Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang sakit, tahu?
Berdosa korang biarkan orang yang sudah sakit untuk beratur 10 jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian. Kerajaan PH Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.
Jika kita boleh buat banyak mega PPV, takde sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega. Marah dan sakit hati saya tengok gambar-gambar begini.
VIDEO:
Sumber : Kosmo Online / Najib Razak FB
Artikel: AwatttSyeikhh Network