Nampak 3 Beradik Berada Di Tanah Kuburr Pada Waktu Malam. Sebab Kenapa Mereka Datang Buat Ramai Sebak

Kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu momen yang sangat pedih dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Itu lah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak kecil ini apabila merindui ar.wah ibu tersayang sehingga sanggup pergi ke ku.bur ar.wah pada waktu malam.

Rindu ar.wah mama

Berdasarkan perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Syaffiq S.Salleh menceritakan pengalamannya apabila dipertemukan dengan beberapa orang kanak-kanak di kawasan perku.buran.

Kisah itu bermula apabila Syaffiq bersama beberapa individu lain berada di sebuah kedai berdekatan dengan kawasan perkub.uran itu.

Nampak kelibat budak-budak tengah main kat pagar ku.bur, dengan lampu suluh kecik. Lampu telefon. Cepat-cepat la aku pergi tengok takut ada apa-apa pulak. Tengok budak kecik 3 orang.

Mereka kemudian terlihat sosok tubuh tiga orang kanak-kanak di kawasan ku.bur yang gelap dengan cahaya lampu yang samar-samar.

Syaffiq kemudian mendekati kanak-kanak terbabit dan bertanya mengapa mereka datang ke ku.bur pada waktu malam begini.

Tetapi alangkah terkejutnya apabila kanak-kanak itu menjawab mereka terlalu merindui ar.wah ibu yang dipercayai baru sahaja mening.gal dunia.

Lebih kurang 12 tahun, 8-9 tahun, lepas tu dalam sorang lagi 5-6 tahun kot.  “Awok wat apa sini dik?”
“Saya nak pergi tengok ku.bur mama saya, saya rindu mama saya”, dia jawab. Terkejut dengar. Ku.bur gelap, jalan ke ku.bur gelap, hutan kiri kanan. Budak kecik berjalan kaki mari, berani masuk dalam kawasan ku.bur yg gelap tu. Bayangkan la perasaan rindu dia tu sampai tak rasa takut pun. Terlalu rindu.

‘Kakak minta maaf’

Lepas tu, dalam gelap 3 adik beradik ni berjalan nak pergi ke k.ubur mama dia, sementara pak sedara buka lampu. Sampai situ dia duduk, usap tanah yang masih basah lagi “Mama kakak mintak maaf mama, kakak rindu mama,” macam-macam la luahan dia. Ya Allah sebak. Ar.wah mama dia mati selepas 4 hari bersalin anak ke-3. Kebumi subuh tadi kalau tak silap.

Malam ni ada tahlil di rumah ar.wah, jadi orang-orang dewasa tak boleh nak hantar la mereka ni minta nak pergi ku.bur. Rumah tu dalam 300-400 meter dari ku.bur. Tapi suasana gelap sungguh la. Betapa tekadnya kakak ni nak jumpa mama dia, nak luah, nak bercakap, nak cakap rindu. InshaaAllah pakat sedekahkn al-fatihah dan doa kepada ar.wah. Allahummaghfirghlaha warhamha waafiha wa’fuanha.

Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak terbabit juga dikatakan mengusap tanah kubur ar.wah sambil meluahkan rasa rindu.

Difahamkan, arwah dipercayai mening.gal dunia empat hari selepas melahirkan anak ketiganya.

Tambah Syaffiq lagi, kesemua kanak-kanak itu dikatakan ‘telah curi-curi’ keluar dari rumah mereka untuk ke ku.bur tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, ahli keluarga sedang sibuk menguruskan majlis tahlil yang akan berlangsung pada malam itu.

Sumber: Syaffiq S.Salleh via OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *