Nana Mahazan Cakap Yang Dia Memang Sedar Diri Sebenarnya

Penyanyi dan pengacara kelahiran program realiti popular Akademi Fantasia, Nana Mahazan mengakui dirinya hanya mampu menyanyi setakat biasa-biasa sahaja.

Walaupun pengakuan tersebut dibuat secara santai dalam program bual bicara The Sherry Show, Nana mengakui menyanyi adalah satu hobi untuk dirinya.

Dalam satu entri yang disertakan klip daripada rancangan tersebut, Nana berkata dia menganggap nyanyian adalah satu perkara yang disukainya.

“Not many yg tahu, saya suka nyanyi. Tapi tak lah sedap mana pon. Tak boleh jadi penyanyi pun. Saya paham, saya terima dan saya move forward.

“But singing will always be my hobby. Tapi tak jugak. Sebab now hobby lain kot ye. Saya seronok buat kerja saya sekarang. Bercakap. Talk,” tulis Nana pada entri tersebut.

Tambah Nana, walaupun dia tidak pernah memenangi apa-apa anugerah, dia masih bersyukur kerana bakatnya masih lagi diterima.

“Being Nana Mahazan, saya komited. Saya selalu berikan sehabis baik. Walaupun saya tahu tak semua org suka cara penyampaian saya, but hey, saya cuba.

Macam abah pesan, “Na, kalau dalam 10 orang, yang suka kita 1-2 orang pun dah ok kan?” Aah, setiap org tu dia special. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Apa-apa pun, buat orang happy pun antara kegembiraan saya, tulis Nana lagi.

Nana juga turut berterima kasih kepada mereka yang masih mengikutinya dan selalu ada untuk dirinya.

“Terima kasih korang yang follow saya, yang selalu ada. Saya doakan semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Sama-sama kita perbaiki diri dan sayang menyanyangi antara satu sama lain,” tambah Nana lagi.

Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumah tangga bersama Raqeem Brian Abdullah pada tahun 2009 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Althea dan Aaqib.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *