Naqiu Boboy Sedia Sebarang Kemungkinan, Dia Kongsi Keadaan Kritikal Terkini Bapanya, Minta Doa Orang Ramai

Penyanyi Naqiu berkongsi berita duka memaklumkan bapanya terpaksa ditidurkan di Hospital Serdang, Selangor pada pagi Selasa selepas paras oksigen menunjukkan penurunan.

Menurut Naqiu, bapanya iaitu Mohd Najib, 69, sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan ini merupakan kali ketiga dimasukkan ke hospital berkenaan dalam tempoh sebulan.

“Pada pertengahan puasa, papa dimasukkan ke hospital tiga hari kerana masalah kesihatan, kemudianya beberapa hari sebelum raya sekali lagi papa menerima rawatan akibat jangkitan C0vldl9.

“Jangkitan tersebut menyebabkan dia mengalami komplikasi dalaman dan saya bawa ke hospital berkenaan pada petang Isnin. Pukul 3 pagi doktor beritahu untuk tidurkan papa kerana paras oksigen menurun,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi perkembangan terkini, Naqiu memberitahu bapanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor.

Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa akan kembali pulih seperti biasa – NAQIU

Melihat tahap kesihatan bapanya, Naqiu berkata dia bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku.

Bagaimanapun, dia masih meletakkan harapan agar bapanya itu segera pulih seperti sedia kala.

“Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya. Apabila keadaan seperti ini berlaku pastinya perasaan saya risau dan bercampur-baur.

“Doktor telah maklumkan kepada kami untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa kembali pulih seperti biasa,” ujarnya.

Sebelum itu, penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam muat naik berkenaan, Naqiu memohon orang ramai mendoakan agar bapanya itu diberikan kesembuhan dan segera pulih dari penyakit.

“Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan papa. Moga segala dipermudahkan-Nya. Semoga ada doa dalam kalangan kita yang diangkat oleh-Nya,” luahnya.

SUMBER:MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *