Neelofa Sudah Tidak Lagi Jadi Duta Jenama Aksesori Mewah Swarovski, Orang Ramai Buat Spekulasi Sebab Apa Perkara Ini Terjadi

Jenama aksesori mewah, Swarovski menerusi satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan usahawan dan selebriti popular Neelofa. Pengumuman tersebut dibuat selepas salah seorang pengguna Twitter bertanya perihal status Neelofa sebagai duta jenama antarabangsa tersebut sejak tahun 2017.

Bagaimana dengan Neelofa?

Sekiranya Neelofa adalah artis Korea, sesebuah jenama yang melantik dia menjadi duta akan menamatkan kontraknya. Hello @swarovski.

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Azba, artis di Korea Selatan pasti akan ditamatkan kontrak sebagai duta kepada tertentu sekiranya artis tersebut melakukan kesalahan yang sama seperti Neelofa. Tambah Azba, dia mempersoalkan isu tersebut selepas Neelofa didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tidak lagi bekerjasama

Terima kasih kerana menghubungi. Kami dapat mengesahkan bahawa kami tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Menurut pihak Swarovski, mereka sudah tidak bekerjasama dengan Neelofa. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kerjasama tersebut berakhir atas sebab penamatan kontrak atau berhubung isu lain. Terdahulu, Swarovski dipercayai memberi tajaan lebih 5 ribu kristal di busana majlis perkahwinan Neelofa serta ‘doorgift’ kepada para tetamu yang hadir.

Sumber: Twitter Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *