Neelofa Buat Kejutan Bila Ambil Keputusan Untuk Tarik Diri Selama 2 Tahun

PENGACARA dan pelakon Neelofa mengumumkan dia menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi tempoh dua tahun.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, keputusan tersebut dibuat bagi memberi tumpuan dalam bidang perniagaan.

“Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada ABPBH untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.

“Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan

“Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes.

“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Terdahulu, pelakon drama Red Velvet itu pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 29.

Neelofa akan kembali aktif dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia akan kembali aktif dalam bidang seni dan terlibat dalam majlis anugerah jika tidak lagi sibuk dengan perniagaannya.

“Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni. Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah,” ujarnya.

Acara kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 22 September depan.

Sumber: Mstar Online

Neelofa ada keluarkan line up baju untuk lelaki pula, boleh usha dekat instagram rasmi Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *