Nelayan Ini Nampak Seperti Bot Karam, Disaat Mereka Nak Sampai Apa Yg Mereka Nampak Memang Tak Masuk Akal

Maluku- B.angkai makhluk m.isteri terdampar di pantai mengejutkan penduduk di kawasan terpencil di Pulau Seram, Indonesia.

Makhluk sepanjang 15 meter panjang itu ditemui penduduk setempat, Asrul Tuanakota di utara Pulau S.eram di Wilayah Maluku, Indonesia menurut Jakarta Globe.

Menurut Asrul, pada mulanya dia mengganggap ia sebagai sebuah bot k.aram semasa ditemui pada malam Selasa. Makhluk m.isteri itu dipercayai tiada nyawa tiga hari sebelum dih.anyutkan ke pulau terpencil itu.

Penduduk berusia 37 tahun itu berkata, sejak penemuan itu, penduduk mula membanjiri Pantai Hulung untuk melihat b.angkai yang mulai b.usuk dan telah berubah warna itu.

Penduduk mula membuat andaian dan spekulasi sendiri kononnya ia adalah b.angkai sotong gergasi atau ikan paus sambil menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengalihkan segera b.angkai makhluk m.isteri terbabit.

Sebelum ini, seekor makhluk m.isteri turut ditemui di Pantai Filipina. Ia juga mengejutkan penduduk tempatan itu yang membuat spekulasi bahawa makhluk dua tan itu sejenis dugong sebelum disahkan sebagai ikan paus.

Saintis Ada Jawapan

Kemunculan mengejut sekujur ba.ngkai makhluk raksasa yang terdampar di sebuah pantai di Indonesia mengejutkan penduduk Pulau S.eram.

Sejak beberapa keping gambar raksasa itu mula tular di media sosial, masyarakat mula melontar persoalan seperti, apa itu?

Bagaimana ia sampai ke pulau di Indonesia?. Dan adakah kehadirannya ada kaitan dengan perubahan iklim dan tabiat migrasi ikan paus?.

Asrul Tuanakota, seorang nelayan berusia 37 tahun, pada mulanya menyangka dia telah menjumpai sebuah bot terkandas di air cetek, menurut Jakarta Globe.

Dia kemudian mengesahkan ia merupakan b.angkai r.eput yang berukuran 50 kaki panjang yang berkelihatan seperti seekor raksasa sotong.

Ketua Sainstis di Ocean Conservancy, George Leonard berkata dia ada jawapannya.

Makhluk berkenaan besar kemungkinan adalah bangkai ikan paus baleen. Kenyataan itu dibuat berdasarkan bahagian tulang yang menonjol yang digunakan untuk menapis makanan oleh haiwan itu.

S.eram, pulau terbesar dalam kepulauan Maluku terletak berhampiran dengan laluan migrasi bagi ikan paus baleen, jadi ia bukan satu perkara yang mengejutkan untuk melihat b.angkai ikan paus di situ, lapor portal Huffington Post.

Bentuknya yang p.elik dikatakan terhasil dari kesan bengkak selepas kem.atiannya.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *