MENYINGKIRKAN vokalis kumpulan Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima yang bersiaran pada Ahad lalu, penyanyi Nabila Razali menerima teguran netizen.
Tampil menjawab dakwaan kononnya dia tidak mengenali penyanyi senior itu, Nabila berkata dia tertipu dengan identiti penyamaran yang dibawa oleh Renggo hingga tidak menyedari penyanyi itu merupakan salah seorang peserta.
“Takkan la saya tak kenal Abang Renggo, saya membesar dengan lagu-lagu dia, jadi siulan sejak kecil.
Tapi kita kena faham konsep program ini, setiap peserta diberi kelainan karakter daripada watak realiti.
“Tugas panel juri pun nak kelirukan artis jemputan. Itulah yang best tentang program ini. Saya tak perasaan masa itu sebab Abang Renggo lain karakter, baju dan cermin mata hitam… pakai topi koboi, jalan pun tunduk sahaja.
“Malah semasa berehat untuk iklan, peserta tak dibenarkan bersuara atau berinteraksi dengan kami semua. Semua tunduk sahaja, tak boleh nak tengok muka betul-betul.
“Malam itu memang sukar nak buat pilihan… selepas habis program, saya terus jumpa Abang Renggo dan minta maaf! Dia gelak sahaja dan okay sangat, kami sempat bertukar nombor, mungkin boleh bekerjasama lagi lepas ni.
“Sebelum ini pun pernah sepentas. Jadi korang janganlah marah Bella ya… jangan risau, Bella kenal Abang Renggo!” katanya kepada mStar.
VIDEO:
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.