Penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) malam tadi mencuri perhatian netizen.Pasti, ramai yang tidak sabar untuk melihat penampilan para selebriti pada acara tersebut. Seperti biasa, penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai.
Mengenakan dress sarat perincian rekaan pereka Razman Razmi dalam rona merah jambu, aksesori kepala ‘ala toncet’ yang dikenakan penyanyi Ku Ikhlaskan itu nyata menerima reaksi pelbagai.Hadir bersama anak perempuannya, Cik B, usahawan itu tampil dengan busana merah jambu rekaan pereka fesyen tempatan Razman Razmi.
Menerusi beberapa hantaran DSV di Instagram, netizen menerusi ruangan komen memberikan pendapat masing-masing.
Pelbagai perbandingan atau persamaan diberikan, antaranya;
“Haha macam enemy dalam Power Rangers tu.”, “Majin Buu Dragon Ball versi Malaysia.”
“Macam jin bertoncet dah Datuk.”, “Inspirasi dari Dragon Ball ke? Majin Buu?”
“Amboi Datuk, nak lawan Aina Abdul ke?”, “Macam jin keluar dari bekas Aladin tu lah.”
“Allahu Datuk, dari belakang macam Majin Buu dah.”
Seperti sudah dijangka, ada yang mengecam Vida tidak sedar diri apatah lagi sudah tua tetapi mengenakan pakaian seperti itu.Malah, ada yang menyangkakan pada awalnya Aina Abdul, rupanya Datuk Seri Vida. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan fesyen Vida semakin hari semakin pelik serta beristighfar melihat penampilannya itu.
Respon DS Vida
Terdahulu, keberadaan DSV di majlis anugerah itu adalah bagi menyampaikan beberapa anugerah di samping pelakon Catriona Ross.
SUMBER:MH/DSV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.