Jurujual Bingung Tampil Ceritakan Kejadian Dia Diserang Lelaki Tidak Dikenali

“Tak tahulah dia pening ke atau mental,” kata pekerja kedai serbaneka selepas seorang lelaki secara tiba-tiba mengamuk dalam premis itu, Rabu lalu.

Ahmad Izzat Abd Halim, 25, yang juga juruwang di premis berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang melayani pelanggan di kaunter sebelum ternampak lelaki itu masuk jam 2.10 petang.

Katanya, sebaik memasuki premis, lelaki terbabit secara tiba-tiba menendang seorang pelanggan sebelum menendang rak di bahagian makanan kering dan ubat-ubatan menyebabkan barangan berselerak di lantai.

“Saya bersama tiga lagi pekerja termasuk penyelia dan tiga pelanggan terkejut.

“Dia tidak membawa sebarang senjata tetapi perbuatannya itu menakutkan kami,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, selepas kira-kira lima minit lelaki terbabit kemudian menendang pelanggan wanita berusia 23 tahun sebelum beredar.

Ahmad Izzat berkata, sebelum keluar lelaki terbabit ke kaunter untuk membayar makanan yang dibeli.

“Setiap minggu dia datang ke sini dengan menaiki motosikal dan saya agak dia tinggal di sekitar kawasan ini kerana dia tidak memakai topi keledar.

“Saya difahamkan polis sudah membuat tangkapan terhadap lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, suspek ditahan jam 10 malam tadi di sebuah taman perumahan.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Kesiksaan.

“Suspek juga dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak memakai pelitup muka,” katanya.

VIDEO KEJADIAN

Mohd Marzukhi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak.

Kredit:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *