Norman Hakim Dedah Rahsia Yang Dia Pernah Telan 100 Biji Panadol Dan Selepas Itu Ini Terjadi

Pelakon Norman Hakim mendedahkan dia pernah melakukan percubaan untuk membu-nuh diri ketika lapan tahun lalu.

Menurut Norman ketika itu dia hilang pertimbangan diri apabila terpisah dari anak-anak selepas bercerai dengan Abby Abadi.

“Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak.

“Bila saya hilang keluarga , maknanya saya mati.

“Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.

“Tambahan pula ketika itu macam terpengaruh dengan drama juga, saya tak fikir panjang lalu menelan 10 papan Panadol pada jam 4 pagi.

“Saya Pernah Telan 10 Papan Panadol Dan Telefon Mak Ayah Bagitahu…”- Norman Hakim, Cubaan Bunuh Diri

“Kemduian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini.

“Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata ‘eh aku hidup balik?’

“Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya,”kata Norman.

Norman berkongsi perkara itu ketika menerima undangan ke segmen Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah Raja Lawak dan boleh ditonton semula dalam laman Youtube.

Menerusi segmen bersama Norman Hakim itu, aktor tersebut berkongsi bagaimana Abby dan Memey Suhaiza dipertemukan dan berbaik.

Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Sumber : GEMPAK DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *