“Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke 25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.
Sekadar info, Noorulhuda binti Abdul Wahab di George Town, Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nurul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.
Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah lahir pada 1998.
Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya berc.erai pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.
Maria Farida Turut Komen
Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.
“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen.
Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.
“Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali.
Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya.
Sementara itu, cubaan menghubungi Nourul bagi mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tidak berjaya apabila kiriman Wha.tsApp tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab.
Sumber : HMETRO ONLINE