Pakar Dedahkan Tempoh Masa C0v1d19 Mampu Bertahan Di Kulit Manusia

TOKYO: Saintis di Jepun mendapati virus COVID-19 mampu hidup sehingga sembilan jam di permukaan kulit manusia, sekali gus meningkatkan risiko dijangkiti virus berkenaan.

Penemuan terbaharu itu menguatkan lagi keperluan amalan membasuh tangan lebih kerap bagi memerangi pandemik berkenaan.

Kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Penyakit Berjangkit Klinikal itu mendedahkan patogen yang menjadi penyebab selsema hanya mampu bertahan di kulit manusia hampir dua jam sebagai perbandingan dengan COVID-19.

“Daya tahan virus COVID-19 adalah selama sembilan jam pada kulit manusia, berupaya meningkatkan risiko pemindahan dari kontak jika dibandingkan virus Influenza A, sekali gus akan meningkatkan penyebaran pandemik itu,” kata laporan terbabit.

Pasukan penyelidik terbabit membuat ujian pada kulit yang diambil daripada spesimen dibedah siasat selepas sehari meninggal dunia.

Penyelidik mendapati virus COVID-19 dan virus selsema menjadi tidak aktif dalam tempoh 15 saat apabila diletakkan etanol yang digunakan pada cecair pembasmi kuman.

“Lebih lama virus COVID-19 berada di kulit, lebih tinggi risiko pemindahan kontak, justeru penggunaan cecair pembasmi kuman dapat mengurangkan risiko jangkitan,” kata penyelidikan itu.

Penyelidikan itu menyokong nasihat dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan tangan dibasuh lebih kerap bagi mengelak jangkitan COVID-19. – AFP

SumberKredit:BHarianOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *