Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi apabila suspek memecah masuk dan mencederakan mangsa yang merupakan penjaga rumah sarang burung berkenaan.
“Suspek mengikat mangsa dan mencederakannya menggunakan senjata dipercayai besi.
Seterusnya suspek melarikan tiga guni sarang burung dianggarkan seberat tiga kilogram dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan RM11,500.
“Mangsa yang mengalami kecederaan luka di bahagian belakang kepala sebelah kanan mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi dan menerima 10 jahitan di jari kaki kanan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Nik Azaham, keadaan mangsa stabil dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar serta dibenarkan pulang selepas dirawat.
“Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga mendatangkan cedera.
“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian Via Astr0Awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.