Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengeluarkan kenyataan berbau merajuk kerana kehadirannya ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disedari pengacara yang bertugas.
Menerusi status di Facebook, Shahidan berkata, selain tidak disebut nama, pengacara juga tidak menjemputnya turun ke padang bagi meraikan pasukan KL City yang menjuarai Piala Malaysia setelah 32 tahun menanti.
“Semalam, saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion. Tahniah. Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya…Sokay,” luah Shahidan.
‘Jangan kasi salah emcee kalau nama tak disebut’ – Farish Aziz
Personaliti radio dan televisyen, Farish Aziz yang bertindak sebagai pengacara di pitchside (tepi padang) semasa perlawanan akhir Piala Malaysia berkongsi mengenai isu individu yang tidak disebut namanya turun ke padang bagi meraikan kemenangan Kuala Lumpur City (KL City).
Dalam perkongsiannya di Facebook, personaliti terkenal itu berkata, jangan kasi salah emcee (pengacara) kalau nama tidak disebut, melainkan pengacara itu sengaja atau lupa.
Menurutnya, ini kerana senarai nama atau protokol telah disediakan oleh penganjur untuk pengacara itu membuat sesuatu pengumuman.
“Jadi dia akan baca saja nama-nama itu. Marahlah organiser (penganjur), kesian emcee,” katanya.
KL City menewaskan kelab gergasi negara, JDT 2-0 dalam saingan Piala Malaysia, yang memasuki usia 100 tahun, semalam.
Tular dalam media sosial mengenai seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan berbau merajuk kerana kehadirannya ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara KL City FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disedari pengacara yang bertugas.
Menerusi status di Facebook, menteri itu berkata, selain tidak disebut nama, pengacara juga tidak menjemputnya turun ke padang bagi meraikan pasukan KL City yang menjuarai Piala Malaysia setelah 32 tahun menanti.
KL City menewaskan kelab gergasi negara, JDT 2-0 dalam saingan Piala Malaysia, yang memasuki usia 100 tahun, semalam.
Selain Shahidan, hadir pada perlawanan akhir Piala Malaysia ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad dan Penasihat KL City, Tan Sri Annuar Musa.
Sumber : Utusan Online