Penduduk Berjaya Rakam Video Ikan Paus Yu Di Perairan Negeri Perlis

Perairan Kuala Perlis dikunjungi ikan yu paus setelah kelibat hidupan laut yang dianggarkan seberat lima tan metrik tersebut ditemui pada jarak enam batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru di sini, petang tadi.

Ikan yu paus tersebut ditemui salah seorang daripada pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas, 31, ketika sedang melakukan rondaan di perairan kira-kira pukul 2.08 petang.

Pengasas PNW, Syamil Abd. Rahman berkata, ikan yang boleh mencecah 15 tan metrik itu adalah spesies yang sukar ditemui di perairan Kuala Perlis.

Katanya, penemuan tersebut adalah secara tiba-tiba kerana secara kebetulan ikan itu sedang bermain di kawasan berkenaan dan timbul di permukaan air.

“Ikan ini tidak mengundang bahaya kepada manusia dan hanya akan mengikut bot di perairan ini sahaja.

“Memang tak sangka dia (Khairul Anuar) boleh menemui ikan yang jarang-jarang ada di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ikan yu paus yang ditemui itu lebih besar daripada bot gentian kaca nelayan.

“Ikan tersebut juga jika ditemui biasanya semasa cuaca cerah dan berada kira-kira tiga hingga enam batu nautika dari pantai,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seekor ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy sepanjang 2.5 meter dengan berat kira-kira 150 kilogram ditemui mati terdampar di tepi laut berhampiran Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Video:

Artikel berkaitan ..

Bangkai yu paus terdampar di pantai Teluk Bahang

YU PAUS Orang ramai meilhat bangkai ikan yu spesis “Yu Paus” yang terdampar di tepi pantai Kampung Nelayan Teluk Bahang di Pulau Pinang pada tahun 2009 dahulu.

Ikan seberat kira-kira 2 tan dan sepanjang 6.8 meter itu tersangkut pada pukat nelayan berhampiran Pulau Kendi pada pukul 3 pagi tadi.

Menurut seorang nelayan, Keh Chai Yang, 55, ikan yu itu tersangkut pada pukat ketika dia bersama tiga rakan menangkap ikan di perairan itu.

Mereka cuba mengangkat ikan berkenaan ke dalam bot tetapi gagal kerana terlalu berat dan terpaksa menarik ikan berkenaan ke tepi pantai.

Menurut Keh Chai lagi, bangkai ikan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *