Peguam Sohor Asiah Abd Jalil Berikan Pendapat Nyatakan Boleh Ambik Tindakan Terhadap Influencer Yang Memaki Hamun Malukan Orang Lain, Silap-silap Boleh Meringkuk Di Penjara

Hari ini tular video terbaru usahawan produk kesihatan bernama Eira Aziera tampil memohon maaf kepada makcik Restoran 35 dan wanita berbaju kuning yang menjadi mngsa ‘body shaming’.

Sementara itu, seorang peguam dan aktivis yang dikenali ramai, Asiah Abd Jalil tampil menjelaskan Eira boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Berikut adalah perkongsian Asiah di Facebook beliau;

Semalam saya tertengok video low class yang memaparkan seorang minah pengasas kosmetik sedang mencarvt-carvt dan memaaki hamun dalam loghat utara.

Dengan selambanya dia sebut dengan jelas nama orang yang dia caaci. Siap tunjuk kepada netizen gambar wanita yang dicaaci tersebut bersama ahli keluarganya.Berkali-kali minah kosmetik tu menujukan perkataan-perkataan jelik terhadap individu tersebut.

Kemudian ada la komen-komen di situ yang mencadangkan agar individu yang dicaaci tersebut saman saja minah kosmetik takde akhlak tu. Netizen bersedia untuk top up duit sorang sikit bagi menampung kos guaman dalam tindakan saman tersebut.

Sebenarnya kan, tindakan undang-undang yang boleh diambil terbahagi kepada dua. Yang pertama, tindakan di mhkamah jnayah. Yang kedua, tindakan di mhkamah sivil.

Bergantung kepada apa matlamat kita. Kalau nak hukvm si pelaku untuk memberi pengajaran kepadanya, kita boleh pilih :-

1) Nak hukvm dengan cara pnjara dan denda atau

2) Nak hukvm dengan cara suruh dia bayar wang gantirugi

Bagaimana nak hukvm Eira dengan cara pnjara dan denda?Kalau kita nak hukvm dengan cara pnjara dan denda, maka kita ambil tindakan menurut undang-undang jnayah.

Buat police report, biar polis buka kertas siasatan. Silap haribulan, merasalah juga dia bermalam di lokap reman. Moga-moga dia akan didakwa di mhkamah jnayah dan melalui proses perbicaraan.

Untuk tindakan begini, kita tak perlu keluarkan kos apa-apa. Proses pendakwaan akan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya.

Tapi bagi orang yang maaki hamun kita tu, dia terpaksa keluarkan kos dia sendiri, untuk lantik peguambela yang akan mewakilinya. Dia kena bela diri kalau dia minta dibicarakan dalam pertuduhan jnayah terhadapnya.

Kalau dia didapati bersalah, dia mungkin akan dihukvm pnjara dan denda. Tapi harus diingat, kalau dia dikenakan denda pun, denda tersebut dibayar kepada mhkamah. Kita sebagai mngsa maaki hamun dan caci cerca, tak dapat satu sen pun.

Sebaliknya kalau kita nak hukvm dengan cara suruh dia bayar wang gantirugi, maka kita ambil tindakan menurut undang-undang sivil.

Lantik peguam, peguam akan hantar Notis Tuntutan. Jika dia buat deekkk, failkan Writ Saman di mhkamah sivil. Dia sebagai Defendan kemudiannya akan melalui proses perbicaraan.

Untuk tindakan begini, kita perlu keluarkan kos sendiri untuk melantik peguam. Proses perbicaraan akan dijalankan oleh peguam yang mewakili kita.

At the same time, orang yang kita saman tu juga terpaksa keluarkan kos dia sendiri, untuk lantik peguam yang akan mewakili dirinya di mhkamah.

Kalau dia didapati liable di mhkamah sivil, dia sebagai Defendan akan diarahkan oleh mhkamah untuk bayar gantirugi dalam bentuk wang kepada Plaintif. Kita sebagai mngsa maaki hamun dan caci cerca, akan dapat wang gantirugi tersebut.

Kalau tanya saya, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dicaci maaki tersebut, saya buat police report dulu. Ianya free, tak perlu keluarkan kos.

Semua elemen jnayah dalam seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dah fulfilled. Harap-harap si pencaci tu ditangkap dan didakwa la. Pandai-pandailah dia bela diri di mhkamah.

Kalau polis tak teruskan kes for whatever reason, baru saya failkan saman sivil di mhkamah sivil. Lagipun ada had tempoh 6 tahun untuk failkan saman.

Ini yang orang tua-tua kata, kerana mulut badan binasa.

Kalau nak guna seksyen 233(1)(a) ni, pada pendapat saya, kena mangsa sendiri yang buat police report. Tak boleh pihak lain.Sebab seksyen ni sebut “dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu ORANG LAIN”.Sebelum ni ada kes melibatkan perkataan jelik terhadap pemimpin politik. Yang buat police report bukan pemimpin politik tersebut, tapi PA (personal assistant) dia. PA tu kira pihak ketiga la, bukan “mangsa”.Polis tak teruskan kes lepas dibantah oleh peguam yang mewakili suspek (saya la peguam tu).

Sumber: Facebook Asiah Abd Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *