Pelajar Sekolah P0SlTlF C0VlD19. Ini Kenyataan Dari Pejabat Kesihatan

Gambar sanitasi di atas adalah sekadar hiasan dan bukan lokasi pelajar sekolah tersebut

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah disahkan positif Cov-19 pada Isnin.

Rakan sekelas dan keluarga pesakit juga telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua kontak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif Cov-19.

Murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.

Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian Cov19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada pesakit.

Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka serta rajin mencuci tangan dengan sabun.

KENYATAAN PENUH DARI PEJABAT KESIHATAN SABAH

Sumber : borneotoday.net / PKN SABAH

Sekolah masih selamat dari COV19 – DG Hisham

Dr Noor Hisham dalam program Libat Urus Kementerian Kesihatan bersama media. Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Institusi sekolah masih dilihat sebagai kawasan selamat daripada penularan wabak COV19 ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata walaupun sekolah dianggap sebagai satu risiko, namun ia boleh diuruskan.

Katanya, jika pihaknya mengesan kes jangkitan berlaku dalam kawasan sekolah, institusi terbabit boleh diambil tindakan menutup sekolah.

“Dari tarikh 10 Jun lalu, tiada kes (jangkitan COV19) dikesan di sekolah. Sekolah masih kawasan selamat.

“Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memastikan semua menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan jaga cara berinteraksi di sekolah.

“Isu sekarang ini ialah (jangkitan) di luar sekolah. Contohnya, selepas sekolah, ramai berkumpul untuk balik,” katanya ketika sesi soal jawab pada program Libat Urus Kementeraian Kesihatan bersama media, hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi menangani kesesakan di luar sekolah terutama selepas tamat sesi pembelajaran.

“Mungkin boleh lepaskan (murid pulang) secara berperingkat, maka kita boleh kurangkan risiko,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, kementerian sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan aspek kesihatan awam dalam silibus pembelajaran.

Sumber : BHARIAN ONLINE (29 Julai 2020 | 4:17pm)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *