Pemandu Lori Ini Bangga Dapat Tangkap Gambar Wanita Dalam Kereta Sbb Dia Duduk Atas Lori Tinggi

Tindakan seorang pemandu lori atau ‘pilot darat’ mengambil kesempatan menangkap gambar pemandu wanita di jalan raya sesak dikecam orang ramai di laman sosial.

Menerusi perkongsian di laman Twitter CringeMalaysia memaparkan tangkap layar komen seorang lelaki yang berkongsi sebuah gambar yang kurang enak.

Menurut hantarannya, dia pada mulanya menasihati pengguna jalan raya lain agar tidak mudah ‘koyak’ apabila mengharungi kesesakan.

Bagaimanapun, selingan gambar yang dimuat naik bersama hantaran terbabit mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

“Jangan cepat koyak bila hadap jem, hati kena kental dan rezeki mata kena kongsi,” katanya di ruangan komen.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki tersebut kerana menganggu privasi individu lain.

“Tengoklah tu, pakaian bertutup pun masih diganggu, tak faham. Setakat itu sahaja pemikiran pemandu lori ni, jenis sekolah tak habis,” kata adhycharmant.

“Itulah gunanya cermin gelap untuk kereta perempuan. Semakin lama semakin menakutkan,” luah seriselasih.

“Jem otak aku. Tak terfikir pula sampai macam ini sekali, walaupun dalam gambar tu pakaian dia tertutup,” ujar nurulain.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *