Ibu Lima Anak Ini Buat Sesuatu Yang Boleh Tidak Pernah Dibuat Orang. Ada Yang Kata Ibu Ini ‘Gila’

Gaza City: Seorang wanita yang juga ibu lima anak melakar sejarah apabila menjadi pemandu teksi wanita pertama di kawasan Semenanjung Gaza.

Nayla Abu Jubbah, 39, berkata, dia sudah lama berhasrat untuk menjadi pemandu teksi.

“Pada satu hari, saya berbual dengan seorang rakan yang bekerja sebagai pendandan rambut dan meminta pandangannya jika kami mulakan perkhidmatan teksi untuk wanita.

“Rakan saya berkata itu idea gila,” katanya.

Meskipun menerima reaksi itu, Nayla tidak mempedulikan kata-kata rakannya, sebaliknya meneruskan niatnya menjadi pemandu teksi.

Gaza's first female taxi driver helps women feel safe

Nayla dilaporkan membeli sebuah kereta dengan hasil jualan harta peninggalan arwah bapanya.

Menurut Nayla, niatnya memandu teksi adalah untuk memudahkan wanita Palestin pergi ke destinasi ingin dituju dengan selamat.

“Saya pernah memasang niat memanfaatkan kereta yang ada untuk digunakan bagi tujuan kerja.

“Maka, terlaksanalah projek teksi yang perkhidmatannya khusus untuk wanita,” katanya.

Nayla berkata, dia tidak mengambil tambang selesai setiap perjalanan, sebaliknya penumpang perlu membuat bayaran awal ketika membuat tempahan.

“Kemudian, saya akan mengambil mereka dan membawa ke destinasi seperti salun rambut atau ke majlis perkahwinan.

FOTO: Nayla Abu Jubbah, Sopir Taksi Perempuan Pertama di Jalur Gaza - Global Liputan6.com

“Saya bercadang memperluas projek ini pada masa depan.

“Malah, ada wanita menghubungi saya memberitahu minatnya menjadi pemandu teksi,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penumpangnya, Aya Saleem teruja apabila melihat adanya teksi khusus untuk wanita.

“Kita tinggal dalam komuniti masyarakat yang konservatif jadi (saya) selesa untuk berbual apabila bersama pemandu wanita.

“Diharap, lebih ramai pemandu teksi wanita berada di jalanan kelak,” katanya.

Di Palestin, wanita diberikan hak sama rata untuk memandu seperti lelaki, namun kerjaya sebagai pemandu teksi didominasi golongan lelaki.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *