Pembantu Rumah Melayu Lagi Teruk Sebenarnya. Jasmin Hamid Minta Netizen Guna Kuasa Viral Carikan Pembantu Dia Yang Lari

Pelakon Jasmin Hamid memohon bantuan daripada semua pihak untuk menjejaki pembantu rumahnya yang telah melarikan diri pada Ahad lalu.

Menurut Jasmin, dia telah membayar ejen dengan nilai belasan ribu untuk mengambil individu terbabit bekerja dengannya.

“Pada masyarakat Malaysia yang prihatin! Saya perlukan pertolongan! Gunakan kuasa viral!! Semoga Allah berikan ganjaran pada uols di atas pertolongan yang diberikan!

“Jika ada ternampak pembantu rumah saya, mohon DM saya dengan segera.. Dia lari dari rumah saya pada 12 Januari 2020 jam 7.19 pm dengan bantuan seseorang berdasarkan bukti-bukti yang saya ada..

“Dia dah bekerja selama 5 bulan. Dahlah mahal nak ambil pembantu rumah. Berbelas ribu. Senang je lari!

“Kalau dah tak sanggup kerja, minta majikan pulangkan pada ejen.. Bila lari macam ni, kan dah jadi pendatang tanpa izin sebab permit kerja akan ditamatkan dan akan di senarai hitamkan. Inilah jadinya bila kita lupa untuk bersyukur dengan rezeki Allah,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 mendedahkan ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi sebegini.

“Menyusahkan diri sendiri dan keluarga di kampung. Ini pertama kali pembantu rumah Indonesia saya lari. Sebelum ni semua pembantu rumah Indonesia saya okey.

BUKAN MASALAH BANGSA TAPI KALAU MELAYU DULU LAGI TERUK

“Ini bukan masalah bangsa tapi diri sendiri yang tidak amanah dan lupa bersyukur! Pernah guna servis pembantu rumah Melayu, lagi teruk.. Banyak kerenah, malas dan lari juga.

“Ejen orang Melayu dan langsung tak bertanggungjawab! Philippines pun sama juga.. Dah 5 tahun kerja tapi lari juga… Jadi ini bukan sebab bangsa tapi sikap!

“Report polis telah pun dibuat… Saya ingin beliau diberkas oleh pihak berkuasa dengan segera! Semoga Allah permudahkan segala urusan saya,” tulisnya lagi.

Maklumat Tentang Pembantu Rumah

Nama : LAILY

Warganegara :Medan, Indonesia

Umur : 42 tahun .

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *