Rupanya Resepi Harimau Menangis Ibu Neelofa Bukan Sendiri Punya. Pemilik Asal Resepi Tampil Dan Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tidak Tahu

Seorang pemilik restoran mendakwa ahli keluarga selebriti, Neelofa pernah meminta menu resepi Daging Harimau Menangis daripada beliau sebelum ini.

Menerusi Facebook milik Farhan Yaacob, beliau percaya menu yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen milik ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed ketika ini adalah resepi yang dikongsi olehnya.

Jelas Farhan, beliau berkongsi menu tersebut kerana lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan kerana keluarga itu mahu makan Daging Harimau Menangis di Sabah.

“To be honest, Resepi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan).

Saya sendiri yang berkongsi resepi Siam tanpa dipengaruhi tetapi lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan ketika dihubungi oleh seorang ahli keluarga mereka.

“Saya, isteri dan Siam tiada masalah apabila mereka komersialkan (walaupun terasa hati kerana 1st priority mereka minta sebab mahu makan bersama keluarga di Sabah).

Tetapi apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab.

“Ini adalah untuk clear semua part kerana ramai yang tahu dan tag saya di media sosial.
Ada dikalangan keluarga mereka yang membantah kerana 1st priority permintaan resipi atas dasar sebuah keluarga, dan saya tidak dimaklumkan secara rasmi idea komersial.

“Biarlah semua berniaga walaupun menunya sama, kerana benda sedap pasti akan ada yang menunggu. Hubungan saya, Isteri & SIAM serta keluarga Auntie Tini tiada apa apa isu dan bersahabat rapat sehingga saat ini.

“Perkataan ‘Gol’, tiada mana-mana negara claim, kerana perkataan ini membawa maksud sama, common.

SIAM bukan perintis Harimau menangis, sahabat kami Suwarin Jinda (sebelum ini dikenali Hostel Pantai) juga popular dengan Harimau Menangis, ia adalah hakmilik sesiapa sahaja.

“Berkongsi rezeki supaya lebih diberkati. Jujurlah dalam semua perkara.
Farhan, Adibah & SIAM,” tulisnya.

Semalam, permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih di peringkat pemeriksaan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin.

Justeru, beliau berkata, jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini belum diluluskan MyIPO dan menjadi hak eksklusif beliau.

Sumber : Malaysia Gazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *