Penat Sejak Ada Anak, Segala Kebebasan Telah Tiada. Rindu Nak Keluar

Mempunyai cahaya mata sendiri sememangnya satu idaman buat pasangan yang mendirikan rumah tangga bersama-sama, tetapi untuk menjaga anak bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang dibayangkan.

Malah, ada juga ibu dan ayah yang berasa ‘penat’ ataupun burn out apabila sudah mempunyai anak kerana sudah tiada masa untuk bersendiri.

Melainkan jika penjagaan anak dibahagi dua secara seimbang.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, ada seorang wanita meluahkan rasa ‘penat’ menjaga anak hinggakan menganggu fizikal serta mentalnya.

Menurut wanita itu, kadang-kala perasaan menyesal mempunyai anak itu timbul kerana semasa berkahwin dirinya tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak seawal perkahwinan tetapi disebabkan suami ingin mempunyai zuriat maka dia hanya mengikutnya saja.

Tambahannya lagi, dia juga berasa rindu untuk keluar berjalan-jalan tanpa memikirkan baby yang ada.

Tapi dia beritahu semua itu berlaku pada awal awal sahaja kerana tiada pengalaman menjaga anak sendiri.

Selepas 5 bulan menjaga anak sendiri beliau beritahu perasaan memberontak sebelum ini semua hilang.

Kini wanita terbabit telah pun pulih dari perasaan ‘penat’ yang dialami olehnya dan sedar segala yang berlaku hanya kerana mentalnya yang tidak kuat untuk lalui fasa-fasa ibu ketika itu.

 

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berkongsikan cerita mereka soal anak dan menasihati wanita itu untuk bertabah serta bersabar.

komen twitter

Sumber : BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *