Pendakwah Da’i Syed Sudah Pun Bebas Tuduhan, Dan Ini Yang Terjadi Dekat Pengadu

Dua tahun naik turun m4hkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan(DNA) atas pertuduhan menc4bul serta melakukan per setubuhan luar t4bii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Keputusan tersebut dibuat oleh M4hkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selesa. demikian lapor K0smo.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenar kan per mohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam bela, kes ini diDNA, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” kata Hakim itu.

Laporan p0lis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan – SYED AMIRUL SYED EDROS, PEGUAM BELA.

Sebelum ini, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan (DNNA) mengikut Seksyen 254 (2).

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNNA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati)”, kata Norhashimah.

Menurut Norhashimah perintah DNNA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dia tidak perlu rasa terbeban malah dia dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.

Untuk rekod, Syed Iqmal Shah atau Syed Iqmal Shah Syed Mohammad Shaiful Jamalullail bedepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

Dalam pada itu, peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan.

Biarpun wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.

“Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” katanya.

Menurut peguam itu lagi sekiranya perintah DNNA diberikan peguam itu berkata, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah s3ks.

SUMBER:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan ber.tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghibur.kan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *