Pengasas Produk Dnars Meningal 2019, Hari Ini Keluarga Buat Laporan Polis. Rupanya Kerana Ini

Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meningal dunia pada 18 Mei 2019, membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kema tian Allah yarham.

Laporan polis itu dibuat jam 1 tengah hari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kema tian pengasas produk berkenaan.

Ahli keluarga Allahyarham ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kema tian Allah yarham yang disyaki ada unsur lain.

“Selepas kema tian Allah yarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kema tian Allahy arham diragui.

“Kami mengesyaki kema tian Allah yarham bukan disebabkan kema langan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarham.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban mening gal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemal angan di Pattani, Thailand.

Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat keced eraan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Allahy arham dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *