Adakah Bocey Akan Ada Pengganti Untuk Abam? Fad Bocey Beritahu Siapa Sebenarnya Yang Layak Untuk Menggantikan Abam Dan Kenapa

ANGGOTA kumpulan Bocey, Fad berjanji akan terus menjaga, menghidup dan mengekalkan nama Bocey biarpun selepas ketiadaan Abam yang meninggal dunia, Isnin lalu.

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata, kumpulan itu adalah kenangan bersama Abam sekali gus menempatkan nama mereka dalam industri hiburan hingga sekarang.

“Saya berjanji akan terus menjaga nama Bocey. Walaupun saya dan Achey ada kerjaya solo, nama Bocey takkan hilang. Ini kenangan kami bersama.

“Walaupun dia sudah tiada, nama ini akan tetap dibawa sampai bila-bila. Cuma, kami belum bersedia untuk beraksi di pentas tanpa arwah.

“Kami tak tahu nak gambarkan perasaan itu, tapi kami perlu teruskan juga supaya Bocey dan nama arwah akan terus hidup,” katanya kepada Harian Metro.

AFDLIN SHAUKI PALING SESUAI MENGGANTIKAN ABAM BOCEY

Ditanya kemungkinan mereka akan mencari pengganti Abam, Fad tidak menolak perkara itu.

Fad berkata, dia terfikir Datuk Afdlin Shauki adalah individu paling sesuai menggantikan tempat Abam.

Afdlin adalah sifu Fad dan Abam ketika tampil sebagai kumpulan Bocik dalam program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.

“Kalau ditanya saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan arwah dulu. Tapi, perancangan itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas.

“Cuma, dalam soal mencari pengganti kami terbuka. Nama pun tetap gunakan Bocey. Namun, tentunya tidak akan sama ketika arwah ada. Apa pun, kami ikut aturan ditetapkan,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *