Rita Rudaini Dedahkan Siapakah Lelaki Yang Menjadi ‘Pengganti’ Sebagai Ayah Untuk Anak Anaknya

PELAKON Rita Rudaini mendedahkan anak keduannya iaitu Arjuna pernah mempersoalkan kenapa dia tidak mempunyai bapa seperti rakan-rakan sekolah yang lain.

Menurut Rita, 43, dia perlu berhati-hati menjawab persoalan itu kerana jawapan yang diberi menjadi kekuatan dan semangat buat anaknya.

“Sayangku Arjuna, tidak pernah lelah membesarkan kamu. Di usia begini, kamu dipilih dia untuk diberi ujian kerana Dia tahu kamu kuat.

“Kamu pernah tanya, waktu itu umur kamu enam tahun, ‘kenapa adik tak ada daddy? Kawan adik kat sekolah semua ada daddy?’.

“Berhati-hati mommy jawab supaya jawapan mommy adalah kekuatan dan semangat kamu sampai bila-bila,” tulis Rita menerusi laman Instagram miliknya.

Pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkongsi perkara itu sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya

Rita memberitahu Arjuna tersenyum apabila dia menjelaskan anaknya seorang yang istimewa berbanding rakan yang lain.

Aktres itu juga memberi ucapan selamat hari lahir dan mendoakan agar anaknya yang dianggap luar biasa itu sentiasa dijaga Allah.

“Sebab adik lebih istimewa daripada kawan-kawan adik. Allah sayang adik, Allah bagi adik kuat dari kecil lagi.

PERKONGSIAN RITA RUDAINI SEMPENA HARI BAPA BUAT RAMAI SEBAK

Harini adalah HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg…. Paklong & Paksu…bg mereka itu lah ‘bapa’ …dr kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara…apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt….

Mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy……kasih syg mereka tiada sempadan….walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara……budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka…budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka….Ank2 sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri

Walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa…sering sebut klau ada apa2…rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap ‘bapa saudara’ dorg ni mmg pure love…senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa……wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti…..jagalah mereka spt bapa sendiri….itu pesan sy pd mereka selalu….

Kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda….SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ……ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu …..terima kasih TUHAN”

Sumber : Instagram Rita Rudaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *