Penumpang KTMB Terpaksa Turun Di Tengah Hutan Kerana Tiba Tiba Keretapi Mereka Terbakarr

Seramai 180 penumpang perkhidmatan kereta api dari Tumpat ke Johor Bharu berdepan detik cemas apabila bahagian enjin pengangkutan itu terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi, Chetok di sini malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pukul 9.44 malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Shapawi Setapa berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, pihaknya bersama sembilan anggota terus bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

Keadaan enjin kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu terbakar di Kampung Anok Machang, Pasir Mas malam tadi. – Foto MEDIA SOSIAL

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati bahagian enjin yang membawa 13 gerabak kereta api itu telah terbakar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.11 tengah malam tadi manakala kesemua penumpang dibawa ke stesen kereta api Pasir Mas.

“Kerja-kerja menyelamat itu turut dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dan Pasukan Bomba Sukarela Rong Chenok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

VIDEO:

Sumber : K! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *