Penunggang Motorsikal Ini Ikut Rapat Kereta Polis. Ini Yang Terjadi Kepada Brader Motor Itu Selepas Polis Sedar Mereka Dicucuk Rapat Motor

Seorang penunggang motosikal yang mengekori kereta polis ketika sedang mengiringi sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam(APM) diberi amaran oleh anggota polis bertugas dalam kejadian di Jalan Kuching di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian tersebut tular menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.

Menurutnya, video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan polis sedang memberi laluan dan dirakam oleh salah seorang penumpang kenderaan yang diiring.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila kenderaan polis berkenaan dari JSPT Kuala Lumpur sedang membuat penugasan rondaan dan pemantauan di sekitar Jinjang dan Kepong.

“Anggota polis bertugas kemudiannya mendapati sebuah ambulans APM dari arah bulatan Kepong terhalang laluannya akibat laluan sesak menghala ke Jalan Kuching,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, anggota polis bertugas kemudian mengiringi ambulans berkenaan menghala ke tempat kemalangan untuk bantuan kecemasan.

“Dalam video yang ditularkan terdapat penghargaan kepada pihak polis yang mengambil tindakan pantas mengiringi ambulans berkenaan.

“Namun dalam masa sama terdapat sebuah motosikal yang mengikuti rapat kenderaan polis, bagaimanapun anggota polis terlibat berjaya menghalang penunggang motosikal tersebut dan memberikan amaran supaya tidak melakukan tindakan sedemikian,” katanya.

VIDEO:

Sumber: Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *