Penyanyi Rap Caprice Tampil Selar Tindakan Pemuda Yang Joget Menari Sakan Dalam Kubur

Rapper dan usahawan popular, Caprice meluahkan rasa kesal melihat tindakan dua orang lelaki menari dalam kubur menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.Menurut Caprice, perkara yang melibatkan jenazah dan kematian tidak boleh dibuat sebagai bahan jenaka.

“Dua orang menari dalam kubur, kalau hang nak menari, ada banyak tempat, dekat rumah, gym, dan kelab.Tak kisah hang siapa, Tan Sri ke, Datuk, pekerja bank, artis, orang kaya, orang miskin, kereta terakhir kita akan guna bukan Mercedes, bukan BMW, bukan Range Rover bukan Jeep, tetapi kita semua akan guna van jenazah.

“Dan rumah terakhir kita akan duduk bukan banglo, bukan kondo tetapi kubur.Tak kisah hang siapa, tapi kita semua akan duduk dalam kubur, perkara kematian dan jenazah  jangan buat main,” katanya dalam sebuah video di Instagram.

View this post on Instagram

Nak menari macam tu, club kan ade.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Dalam video yang tular itu, dua orang lelaki kelihatan menari dalam sebuah lubang seakan-akan kubur yang baru sahaja digali.

Perkongsian Caprice itu semestinya mendapat perhatian dari warganet, rata-rata mereka turut berasa kesal melihat kejadian tersebut.Walaubagaimanapun, ada juga yang meragui sama ada video tular itu dirakam di Malaysia ataupun di negara jiran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kredit:Gempak IG Caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *