Penyanyi Yantzen Siapkan Bilik Anak Anak Dulu Dan Tetamu Dahulu Dan Jika Jadi Lagi Dia Akan Redha

Penyanyi Yantzen Juniawan, 63, menyiapkan bilik untuk anaknya serta tetamu terlebih dulu di rumahnya di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat yang rosak teruk akibat banjir, Disember lalu.

Yantzen berkata, sumbangan yang dihulurkan pelbagai pihak sebelum ini digunakan untuk memperbaiki rumahnya terutama bilik anak tunggalnya, Muhammad Aliff Ronan, 23.

“Dari sumbangan itu saya beli almari untuk bilik anak dan siapkan bilik untuk tetamu, manakala bilik saya memang tak dibuat apa-apa.

“Apabila anak saya balik sini bila-bila masa atau tetau datang, mereka bolehlah gunakan bilik ini. Saya memang siapkan untuk mereka,” katanya ditemui di majlis berbuka puasa Galaxy Merchant M S.B, di sini.

Lupa Rumah Banjir Demi Janji." Yantzen Teruskan Show Ketika Rumah Ditenggelami Air, Anggap Rezeki Ketika Diuji - KELUARGA

Turut diadakan ialah pelancaran single rayanya berjudul Kerinduan juga terbitan syarikat berkenaan.

Terdahulu, banjir yang melanda menyebabkan rumahnya rosak teruk serta kemusnahan harta benda.

“Cukup luar biasa. Saya pertama kali berdepan situasi ini. Air naik lima kaki. Kerugian susah nak cakap membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal. Perabot pun semua habis.

“Kereta saya tak baiki dan terus ‘scrap’. Daripada baiki baiklah saya cari kereta lain. Bantuan saya terima dari kerajaan dan pelbagai pihak keseluruhannya berjumlah RM10,000.

“Saya tak panik sekiranya hujan lagi selepas ini kerana jarak rumah saya kira-kira 800 meter dari sungai. Saya terima dan reda ujian Allah,” katanya yang sudah lima tahun menetap di situ.

Bercerita mengenai lagu Kerinduan, Yantzen berkata, ia dihasilkan pada saat akhir atas permintaan Pengarah Urusan Galaxy Merchant M S.B, Datuk Rosli Buang.

“Dalam tempoh dua hari, saya dapat ilham untuk menghasilkan melodi dan kemudian liriknya. Ia akhirnya siap dalam sekitar dua minggu akhir Ramadan ini,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *