Penyamun Grabfood Tertinggal Handphone, Semua Pergi Serbu Rumah Pemilik Handphone Dan Ini Yang Mereka Jumpa

Tular di media sosial rakaman CCTV dimana kejadian cubaan samun terjadi di Damansara Perdana.

Malang bagi dua penjenayah apabila telefon bimbit milik salah seorang daripada mereka terjatuh ketika cuba menyamun dan melarikan motosikal milik seorang penghantar makanan di Phileo Damansara petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 2.53 petang itu, mangsa berusia 22 tahun cedera akibat bergelut untuk menyelamatkan motosikalnya daripada dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di depan bangunan Phileo Damansara 2.

Menurutnya, dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z menghampiri penghantar makanan itu mendakwa motosikal milik mangsa adalah kenderaan curi dan ingin mengambilnya.

“Suspek menyuruh mangsa turun dalam masa sama seorang rakannya memukul kepalanya dengan pengunci motosikal.

“Mangsa bergelut untuk menyelamatkan diri dan sempat menendang motosikalnya yang cuba dilarikan suspek hingga jatuh,” katanya.

Mohd Zani berkata, ketika bergelut telefon bimbit milik suspek terjatuh di lokasi kejadian namun ia tidak diambil kembali sebelum kedua-dua penjenayah terbabit melarikan diri.

Menurutnya, ada saksi melihat seorang daripada suspek membawa parang yang diselit di bahagian belakang badan.

“Pengadu alami kecederaan di bahagian telinga, kepala, badan belakang dan mulut namun tidak alami kerugian kerana motosikalnya gagal dilarikan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu kejadian berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di laluan keluar masuk kenderaan ke bangunan tersebut.

Rakaman menunjukkan suspek mendekati mangsa sebelum seorang daripadanya mula bertindak memukulnya.

Mangsa kemudian dilihat melompat ke atas motosikal miliknya yang cuba dilarikan seorang suspek sebelum dipukul bertubi-tubi lebih seminit sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

PERGI KE RUMAH PEMILIK HANDPHONE TERSEBUT

Selepas tular kejadian itu, satu kenyataan dimuat naik menyatakan bahawa pemilik handphone itu juga baru sahaja diragut. Rata rata netizen meragui kenyataan yang dimuatnaik oleh Hanie Izzaz.

Ramai netizen memberitahu ini adalah salah satu untuk menutup tanggapan orang ramai bahawa gambar lelaki di dalam telefon bimbit itu adalah penyamun. Setelah disiasat kami dapati akaun Facebook Hanie Izzaz sudah tiada.

Serbu Rumah Pemilik Handphone

Salah seorang rakan kepada mangsa GRABFOOD telah memuat naik satu kenyataan di Facebook beliau. Pada malam selepas kejadian mereka telah pergi ke lokasi rumah yang dikatakan pemilik handphone tersebut.

Tujuan utama mereka pergi adalah untuk mendapatkan pengesahan kerana ada kenyataan bahawa telefon bimbit itu juga dicuri.

Ketika mereka tiba, hanya ahli keluarga pemilik handphone berada di rumah dan tuan handphone tiada.

Menurut maklumat dari rakan mangsa, penunggang GRAB FOOD itu memberitahu wajah dalam telefon bimbit itu adalah orang yang sama.

Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak polis.

Terima kasih pada yang memberi info & membantu share kan kes ini .. Dari info yang boleh dipercayai sy dan kawan2 dah pergi ke rumah saspek untuk mensahihkan identiti walaupun saspek tiada dirumah .. Terima kasih jugak pada family saspek yang bagi kerjasama sebentar tadi.. Pihak Polis juga telah menjalankan tugas mereka untuk kes ini . Terima kasih sekali lagi

Jika tak salah kenapa lari? ini antara komen netizen tentang suspek yang tiada di rumah. Setakat ini tiada lagi laporan rasmi dari pihak PDRM adakah pemilik handphone itu adalah suspek yang cuba menyamun penunggang GRABFOOD.

Video Mangsa Selepas Kejadian.

Semoga pihak PDRM dapat selesaikan kes ini dengan segera. Bermacam macam teori telah dikeluarkan tetapi kebanyakkannya menuju kepada gambar lelaki di dalam handphone.

By: Awatttsyeikhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *