Pertama Kali Jumpa Perdana Menteri Depan Mata, Soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin Kepada Sugu Pavithra Buat Dia Tergamam

Impian pasangan YouTuber Sugu dan Pavithra bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi kenyataan.

Bagaimanapun soalan Perdana Menteri; “Pavithra tak masak ke?” menyebabkan suri rumah berusia 28 tahun itu tergamam.S Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri mengakui berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata.

SOALAN PM KEPADA PAVITHRA

“Pavithra Tak Masak Ke?” - Soalan PM Buat Pavithra Tergamam

“Tadi beliau tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya..”

“Perkataan saya tersekat sikit,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya, pada Khamis.

Pavithra anggun berpakaian punjabi hijau dan Sugu berbaju serba hitam menerima jemputan khas menghadiri majlis tersebut dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan Perdana Menteri.

Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *