Ramai yang obses dengan kecantikan dan penampilan namun ramai yang menyangka perlu berbelanja mahal untuk nampak ‘elok’. Tapi sebenarnya nak tampil elok tak susah pun, jika pandai ‘mix and match’ atau cari pakaian yang elok dengan harga berpatutan.
Bagaimanapun, seorang lelaki ini pasti akan berfikir semula tentang apa yang dibelanjakannya selepas berhabis beribu ringgit untuk menukar imejnya.
Baru-baru ini tular perkongsian oleh pengguna Twtt3r @QushairiH yang memuat naik video memaparkan seorang lelaki menggunakan khidmat seorang perunding imej bagi menukar penampilan menjadi lebih segak.
Difahamkan, lelaki itu yang juga pemilik sebuah chalet mahu melakukan transformasi apabila ramai pengunjung menyangka dia adalah tukang kebun.
Selepas membuat beberapa proses termasuklah Colour Analysis (CCA), perunding itu mengubah penampilan tersebut daripada berpakaian t-shirt berkolar kepada kemeja yang dilihat lebih professional seperti seorang majikan.
Bagaimanapun, hasil transformasi berkenaan menjadi bahan kecaman netizen apatah lagi lelaki itu membayar sebanyak RM6,999 untuk perubahan berkenaan.
Kata netizen lagi, jumlah yang dibayar tidak berbaloi kerana hasilnya hanya biasa-biasa sahaja, malah ada yang mengatakan imej tersebut seperti kakitangan kerajaan.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan lelaki tersebut seolah kena scam dan melihat riak wajahnya seperti menyesal selepas membayar hampir RM7,000 untuk perubahan berkenaan.
SUMBER:GULAP0P
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.