PM Anwar Ibrahim Dikatakan Pakai Kasut Baru Harga RM5000. Sekali DSAI Masuk Balas Komen Yg Pasti Buat Org Yg Tuduh Itu Terdiam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu.

Beliau menjawab satu ciapan oleh pengguna akaun Twitter berkenaan kasut tersebut pada Selasa.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu.

“Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” katanya dalam laman Twitternya pada Selasa.

Sebelum itu dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan berbaur sindirian apabila mengatakan Anwar walaupun telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.

Pada Ahad, Perdana Menteri memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Anwar berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah” – PM DSAI

Sumber: Kosmo Online / Twitter Anwar Ibrahim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *