Polis berjaya selamatkan egen kosmetik yg dicul1k selama 2minggu. Ini reaksi keluarga selepas dapat tahu berita tersebut

“Sejak malam tadi kami sekeluarga menerima Whatsapp dan panggilan bertalu-talu mengucapkan syukur atas maklumat Azi sudah ditemui,” kata kakak kepada ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik pada 13 September lalu.

Wanita itu berkata, walaupun mengetahui berita mengenai adiknya yang ditemui selamat di Thailand dan sudah dibawa pulang ke sini, mereka agak ragu-ragu selagi tidak dapat melihatnya di depan mata.

“Kami hanya mengetahui berita Azi sudah ditemui melalui panggilan telefon sanak-saudara dan rakan sahaja kerana ada disertakan sekali dengan kenyataan media Ketua Polis Negara.

“Tapi setakat ini kami belum lagi menerima maklumat secara rasmi berhubung perkara itu dan tidak tahu Azi diletakkan di mana jika benar dia sudah dibawa balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Wanita itu menyifatkan doa mereka dan seluruh rakyat Malaysia termakbul dengan penemuan adiknya itu kerana setiap hari hanya itu sahaja diharapkan.

Katanya, mereka kini hanya menunggu panggilan daripada pihak berkuasa sahaja untuk sebarang perkembangan dan tidak sabar untuk berjumpa dengan Azi selepas lebih dua minggu diculik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi kenyataan media malam tadi memaklumkan ejen jualan itu, Rosnazirah berjaya diselamatkan.

Lokasi kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan mangsa dibawa pulang ke negara ini semalam.

Dalam kes itu juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kenduri kesyukuran, solat hajat sambut kepulangan Azi

“Sebaik Azi sampai di rumah nanti, kami akan buat kenduri kesyukuran dan solat hajat di rumah sebagai tanda syukur adik ditemukan dengan selamat,” kata kakak kepada ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik 13 September lalu.

Wanita itu berkata, walaupun mereka sekeluarga tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai penemuan Azi, tapi apabila membaca kenyataan media oleh Ketua Polis Negara berhubung perkara itu, sudah memberi kelegaan buat mereka.

Menurutnya, solat hajat dan sujud syukur terus dibuat sebaik menerima berita gembira itu walau pada awalnya berasa ragu-ragu kerana berasakan ia berita palsu.

“Kami ada bertanyakan polis bila Azi akan dibawa pulang ke rumah tapi diberitahu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Sebaik dia pulang nanti, kami akan adakan kenduri kesyukuran, memberi jamuan kepada orang ramai kerana selain kami ahli keluarga, berita gembira ini juga hasil dari doa orang ramai.

“Kami sekeluarga memang tidak sabar untuk berjumpa Azi kerana ingin melihat keadaannya selain bertanyakan sendiri apa yang dilalui sepanjang lebih dua minggu diculik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wanita itu berkata, kedua ibu bapa mereka hanya dimaklumkan pagi tadi mengenai berita penemuan Azi kerana ingin mengesahkan terlebih dahulu mengenai perkara itu bagi mengelakkan ia hanya harapan palsu.

Menurutnya lagi, pihaknya belum lagi berpeluang menghubungi mangsa yang ketika ini berada di Kuala Lumpur namun jika dapat berbuat demikian, mereka akan segera membuat panggilan video kerana ingin melihat sendiri keadaan Azi.

“Kami kini hanya tahu dia sudah dibawa pulang ke Malaysia manakala maklumat lain tidak dimaklumkan termasuk di mana lokasinya dan keadaannya sekarang.

“Anaknya juga mungkin sudah diberitahu mengenai hal ini oleh keluarga suami Azi. Sejak Azi hilang, anak saudara menetap di sana (Kota Bharu),” katanya.

Sementara itu tinjauan di perkarangan rumah mangsa di sini, mendapati suasana kelihatan sunyi dan tiada pergerakan keluar masuk penghuni berlaku.

Turut ditampal lima kertas bersaiz A4 di pagar rumah yang tidak membenarkan pengamal media masuk selain memaklumkan Azi masih belum pulang ke rumah.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *