Potong Double Line. Siap Turun Tingkap Marah Padahal Dia Salah. Polis Cari Dan Ini Yg Berlaku Kepada Pemandu Alza Tersebut

Polis memburu pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang melakukan kesalahan jalan raya di persimpangan lampu isyarat dekat Rembau.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi klip video yang tular di media sosial pada pukul 8.30 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu Perodua Alza dalam perjalanan dari Seremban ke Tampin.
“Sampai di lokasi, suspek telah bertindak memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan meneruskan pemanduan ketika isyarat lampu masih merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu yang menularkan video terbabit telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

POLIS BERJAYA JUMPA PEMANDU ALZA

Tular video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dirakam melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu berjaya dikesan pada hari sama di Seremban.

“Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, kes seterusnya disiasat di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

VIDEO:

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *